JULIA (kanan) sah menjadi isteri Johan dengan sekali lafaz. FOTO Instagram/Julia Ziegler
JULIA (kanan) sah menjadi isteri Johan dengan sekali lafaz. FOTO Instagram/Julia Ziegler
Michelle Gun


KUALA LUMPUR: Pelakon Julia Ziegler, 32, selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jurutera mekanikal yang hanya mahu dikenali sebagai, Johan, 33.

Pasangan itu bernikah di kediaman pengantin perempuan di Kampung Baru, di sini 11 pagi tadi selepas setahun berkenalan.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler sah menjadi isteri Johan dengan sekali lafaz.

Pelakon filem Abang Sado Boleh Settle ini menerima mas kahwin sebanyak RM80 berserta tujuh hantaran yang dibalas dengan jumlah sama.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Menurut Julia, suaminya banyak mengubah kehidupannya semenjak berkenalan dengan lelaki itu.

"Kami serasi dalam banyak perkara dan percaya Johan jodoh terbaik untuk saya.

"Alhamdulillah majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan berharap fasa baru hidup ini akan memberi keindahan berpanjangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2017 @ 1:35 PM