Anggota APMM memeriksa dokumen perjalanan nelayan asing ketika pemeriksaan Op Kenka dari 21 - 30 Disember di perairan Batu Kurau, Perak. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Anggota APMM memeriksa dokumen perjalanan nelayan asing ketika pemeriksaan Op Kenka dari 21 - 30 Disember di perairan Batu Kurau, Perak. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan bot pukat kenka (pukat tunda yang diubahsuai, ditunda menggunakan dua bot) yang menceroboh perairan Tanjung Piandang,Kuala Kurau di sini dalam Op Kenka yang dijalankan selama sembilan hari bermula 21 Disember lalu.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Fuzi Ab Kahar berkata, operasi dijalankan berikutan aduan dari nelayan tradisional tempatan mengenai pencerobohan bot pukat kenka di kawasan lima batu nautika dari pesisir pantai.

Beliau berkata, seramai 110 anggota dan pegawai termasuk enam bot dikerah untuk melaksanakan operasi berkenaan yang menggunakan pelbagai strategi bagi memerangkap nelayan moden yang tamak.

"Bot pukat kenka yang ditahan kali pertama dikompaun namun jika didapati melakukan kesalahan kali keempat lesen bot akan ditarik.

"Semua bot berkenaan dibawa ke Pangkalan APMM Kuala Kurau untuk proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985,"katanya pada sidang media di Pangkalan APMM Daerah Maritim 3, Lumut, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 6:59 PM