HM Digital


Kuala Lumpur: Raikan detik gembira bersama yang tersayang pada ketinggian 2,000 meter di atas paras laut pasti meninggalkan kenangan berharga apatah lagi menyambut perayaan Krismas dan Tahun Baru nanti.

Cerita indah itu boleh tercipta jika anda menginap di Resorts World Genting, yang menyajikan pemandangan indah tanah tinggi dengan cuaca dingin yang membangkitkan mood perayaan itu.

Bermula 1 Disember lalu, Resorts World Genting juga menyediakan pelbagai acara kepada pengunjung termasuk di kawasan hutan hujan berhampiran lobi Hotel First World apabila terdapat kiosk yang menjual pelbagai barangan Krismas setiap hari.

Bersesuaian dengan tema Ceriakan Krismas Anda, kemeriahan sambutan Krismas turut di hangatkan dengan pokok Krimas setinggi tiga tingkat di Hotel First World Plaza.

Konsert khas berserta promosi makanan luar biasa juga menanti anda di samping menyaksikan pusat peranginan ini bertukar menjadi “Christmasland”.

Selain ada nyanyian lagu Hari Krismas, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Santa Claus, Santarina dan perarakan askar mainan.

Pelbagai pilihan makanan dan snek juga bakal melengkapkan hari anda di Resorts World Genting dengan pelbagai variasi coklat, pralin dan biskut.

Bagi kanak-kanak, pelbagai jenis gula-gula ditawarkan termasuk gula-gula jeli (RM9), lollipop putar (RM6) dan gula-gula getah berbentuk beruang pada harga .

Untuk snek Krismas, anda boleh memilih Santa mini pada harga RM3, orang salji (RM9) dan pelbagai pilihan bentuk biskut halia pada harga RM9..

Turut memeriahkan lagi sambutan termasuk kedai roti dan pastri, The Bakery yang terletak di lobi Hotel Genting Grand yang menawarkan pelbagai pilihan bermula 1 Disember hingga 1 Januari 2017.

Jualan termasuk biskut halia berbentuk rumah bermula RM68 bersih untuk saiz sederhana dan RM88 bersih bersaiz besar.

Biskut halia berbentuk orang turut dijual pada harga RM9 bersih, termasuk biskut halia berbentuk kanak-kanak lelaki (RM3).

Pelbagai barangan Krismas yang lain turut dijual termasuk pai daging, roti stolen dan lain-lain hadiah .

Sementara itu, Resorts World Genting menang 37 anugerah dalam dua acara berprestij baru-baru ini iaitu Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA) siri 2016-2018 dan Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF).

Lapan anugerah diraih di HAPA termasuk dua kategori utama iaitu Tokoh Tahunan dimenangi Datuk Edward Holloway yang juga Naib Presiden Kanan Bahagian Operasi Hotel dan Anugerah Hotel 5 bintang terbaik "Heaven of Hospitality" oleh Hotel Genting Grand.

Di MIGF pula, Resorts World Genting memenangi 29 anugerah antaranya anugerah Restoran Keseluruhan Terbaik MIGF Golden Cauldron 2016.

Restoran LTITUDE di Genting Club yang memenangi anugerah itu kini antara terbaik di negara selepas cemerlang dalam semua aspek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 9:26 PM