Nor Melisa bersama pelajar cemerlang SPM 2015 Terengganu yang lain. FOTO Nazdy Harun
Nor Melisa bersama pelajar cemerlang SPM 2015 Terengganu yang lain. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Pelajar perempuan sakit saraf muncul antara calon SPM cemerlang Terengganu selepas meraih 10A dan 1B.

Calon Berkeperluan Khas (CBK), Nor Melisa Mohd Yadi, 18, yang cacat di kedua-dua kaki dan tangan kiri dan berkerusi roda menghidap sakit saraf sejak berusia 11 tahun.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah berkata, kekurangan diri bukan halangan untuknya berusaha hingga cemerlang dalam pelajaran.

"Susah payah dan pahit getir ibu membesarkan saya dan enam lagi adik beradik selepas ayah menghilangkan diri sejak tiga tahun lalu menjadi pendorong kepada saya untuk berjaya.

"Saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah bidang perubatan selain mahu membantu keluarga terutama ibu yang banyak berkorban," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 12:47 PM