POLIS Indonesia membawa sisa mayat mangsa nahas di Telaga Punggur, Riau. - EPA
POLIS Indonesia membawa sisa mayat mangsa nahas di Telaga Punggur, Riau. - EPA

Jakarta: Pihak berkuasa menemui anggota badan dan serpihan pesawat di laut tempat kapal terbang polis Indonesia terhempas kelmarin.

Ia mencetuskan kebimbangan terhadap nasib penumpang dananak kapalnya.

Pesawat M28 Skytruck membawa 13 orang itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, ketika dalam penerbangan dari Pangkal Pinang di Pulau Bangka ke Batamdi Kepulauan Riau.

Kerusi kapal terbang, bagasi dan anggota badan ditemui nelayan di Riau, petang kelmarin, kata anggota penyelamatkepada AFP.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Bambang Soelistyo berkata: “Kami menghantar tiga beg mayat dan anggota badan ke Hospital Bhayangkaradi Batam. Semuanya dalam keadaan tidak sempurna.

“Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan seminggu.”

Polis Indonesia berkata, pesawat itu dalam keadaan baik dan juruterbangnya berpengalaman.

Pesawat itu membawa lima anak kapal dan lapan penumpang. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 5:08 AM