FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Pusat pemindahan sementara kedua dibuka di SK Tiong, di sini, tengah hari ini.

Pusat itu menempatkan 17 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Tiong.

Ketua Polis Balai Nilam Puri, Sarjan Mejar A Rahman Ismail, berkata polis mendapat panggilan telefon daripada mangsa banjir, pada 7.15 pagi.

Katanya, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memulakan operasi pemindahan pada 11.45 pagi.

"Kesemua mangsa dipindahkan kerana rumah mereka dinaiki air separas 1.5 meter," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, 26 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Tasek, Bukit Awang, Pasir Puteh dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SK Wakaf Raja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 1:11 PM