Rumah di Taman Bersatu, Rawang, yang terjejas akibat tebing Sungai Rawang runtuh petang semalam. - Foto Unit Pengurusan Bencana Selangor
Rumah di Taman Bersatu, Rawang, yang terjejas akibat tebing Sungai Rawang runtuh petang semalam. - Foto Unit Pengurusan Bencana Selangor
Keadaan tebing Sungai Rawang yang runtuh. - Foto Unit Pengurusan Bencana Selangor
Keadaan tebing Sungai Rawang yang runtuh. - Foto Unit Pengurusan Bencana Selangor
Mohd Fadly Samsudin


Rawang: Selepas kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, tanah runtuh berlaku pula di Taman Bersatu di sini, petang semalam, menyebabkan lima keluarga diarah mengosongkan rumah susulan.

Bagaimanapun, runtuhan tebing Sungai Rawang pada 1.15 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Sani Harul berkata, arahan mengosongkan rumah dikeluarkan Jawatankuasa Bencana Daerah Gombak selepas pemeriksaan mendapati ia tidak selamat diduduki.

"Ada lapan rumah terletak bersebelahan Sungai Rawang yang terjejas namun lima didapati kritikal dan penghuninya diarah segera berpindah.

"Runtuhan tebing sungai itu menyebabkan berlaku mendapan tanah seluas 900 meter persegi dan sedalam 1.5 meter," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja pemasangan cerucuk di kawasan tebing sungai sedang dijalankan bagi mengurangkan pergerakan tanah atau risiko runtuhan susulan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 1:37 PM