DUA warga Bangladesh yang maut.
DUA warga Bangladesh yang maut.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kajang: Dua pekerja binaan warga Bangladesh maut akibat tertimbus selepas tebing berhampiran rumah kongsi didiami runtuh di Batu 12 Jalan Hulu Langat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, dua lagi pekerja berjaya diselamatkan tetapi seorang daripada mereka cedera di kaki.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ahmad Hisham Abdul Rahman, berkata, ketika kejadian, semua mangsa tidur sebelum hujan lebat dipercayai menyebabkan tebing itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap dua bilik rumah kongsi.

"Runtuhan tebing berkeluasan 18 meter persegi itu mengakibatkan dua mangsa selamat manakala dua lagi tertimbus.

"Mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh rakan mereka sebelum bomba tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 9:57 AM