KEADAAN motosikal mangsa yang merempuh belakang bas kilang. FOTO Mohd Hilmie Hussin
KEADAAN motosikal mangsa yang merempuh belakang bas kilang. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Remaja maut apabila motosikal ditunggang melanggar bas kilang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Klinik Kesihatan Cheng, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa Azmien Abdullah, 18, berkerja dengan syarikat swasta, menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Cheng Perdana ke lampu isyarat Bertam Ulu, sebelum terbabit kemalangan.

Difahamkan, mangsa tidak sempat mengelak dari merempuh belakang bas kilang yang berhenti menurunkan penumpang di hentian bas di situ.

Sumber polis berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Kata sumber, pemandu bas terbabit sudah membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 9:47 AM