Keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut di Persimpangan Lampu Isyarat Bachang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), petang tadi.FOTO Muhammad Rasul Azli Samad
Keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut di Persimpangan Lampu Isyarat Bachang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), petang tadi.FOTO Muhammad Rasul Azli Samad
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Remaja 16 tahun maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan sebuah kereta di Persimpangan Lampu Isyarat Bachang, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), 2.45 petang tadi.

Mangsa Safuwan Amirin Md Taha disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Lebih memilukan kemalangan meragut nyawa remaja itu disaksikan abangnya Norsalihin Md Taha, 23, yang ketika itu berada di persimpangan sama.

Menurut Norsalihin, dia dan arwah dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pasir Puteh, Bachang.

"Kami berhenti kerana lampu isyarat merah namun arwah tiba-tiba memecut meninggalkan saya, walaupun lampu isyarat belum lagi bertukar hijau.

"Ketika itu kereta dari arah Cheng datang dan bertembung dengan motosikal ditunggang arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Melaka hari ini.

Norsalihin berkata, ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu dia sempat menegur arwah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 7:45 PM