Kuala Terengganu: Bilangan mangsa banjir di Terengganu susut sedikit kepada 9,277 orang daripada 2,665 keluarga yang ditempatkan di 130 pusat pemindahan sehingga 8 malam berbanding 9,548 orang daripada 2,733 keluarga, pagi tadi.

Di Kemanan, Jalan Air Putih di Kampung Seberang Tayor ditutup sejak 12 tengah malam semalam kepada semua kenderaan apabila terputus dua.

Jurutera Daerah JKR Kemaman, Ir Hasmi Ahmad, berkata jalan itu terputus akibat air banjir yang terperangkap dalam satu lubang besar yang terbentuk di lombong bijih besi Machang Setahun tidak sampai 10 meter dari jalan itu.

"Air memenuhi lubang besar itu menyebabkan berlaku tekanan tinggi dan akhirnya tebing jalan itu mula terhakis sebelum jalan terputus dua," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 9:12 PM