PANGKOR: Jenazah Abdul Kadir Muhammad, bapa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selamat disemadikan.

Jenazah Allahyarham Abdul Kadir, 73, dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Teluk Raja Bayang pada kira-kira 2.50 petang.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menziarahi jenazah.

Turut hadir exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Allahyarham yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Desa Pangkor pada 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 3:42 PM