LAKONAN mantap Khir, Azmi, Soffi dan Pekin.
LAKONAN mantap Khir, Azmi, Soffi dan Pekin.
Oleh Riadz Radzi


Filem Rock Bro terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada 27 Oktober ini adalah antara filem paling dinanti-nantikan tayangannya tahun ini.

Sejak teaser filem lakonan Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron dan Amy Juliet ini mula bertebaran di laman sosial lebih sebulan lalu, Rock Bro sudah diperkatakan ramai.

“Tak sabar nak tengok”, “Rock terbaik!”, “Apa jadi pada Rimba Bara?” dan macam-macam lagi perkara positif diperkatakan mengenai filem ini, sekali gus memberi petanda Rock Bro bakal meledak sebagaimana filem tempatan lain sebelum ini seperti Munafik, Ola Bola, Polis Evo dan Boboiboy The Movie.

Bermula dengan Rock! pada 2005 dan diikuti Rock Oo! (2013), pengarahnya, Mamat Khalid berjaya meletakkan filem ini sebagai satu jenama dalam industri perfileman tempatan.

Era kegemilangan muzik rock tempatan pada awal 1980-an hingga awal 1990-an menjadi inti pati dalam tiga filem ini, sekali gus menarik minat ramai penonton.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 8:32 AM