AUBAMEYANG jaring gol penyamaan selepas gagal sempurna penalti.
AUBAMEYANG jaring gol penyamaan selepas gagal sempurna penalti.
AFP

Berlin: Pierre-Emerick Aubameyang (gambar) gagal menyempurnakan penalti apabila sepakannya sekadar singgah di palang tetapi berjaya menebus kesilapan itu dengan jaringan yang membolehkan Borussia Dortmund seri 1-1 ketika menentang Hertha Berlin pada aksi Bundesliga kelmarin sambil kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Valentin Stocker memberikan Hertha pendahuluan pada minit ke-51 sebelum Aubameyang menjaringkan gol penyamaan 10 minit kemudian.

Kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain dengan bintang Dortmund Emre Mor dilayangkan kad merah pada minit ke-84 sebelum terjahan keras Stocker mengakibatkan dia turut dilayangkan kad merah pada minit terakhir permainan.

Keputusan itu menyaksikan Hertha kekal di tangga kedua dengan 14 mata manakala Dortmund di tangga ketiga dengan 13 mata. Pendahulu, Bayern Munich yang kini mengumpul 16 mata, berpeluang menjarakkan diri jika menang ke atas Eintracht Frankfurt hari ini.

Hertha bermain lebih baik tetapi Dortmund yang kehilangan beberapa pemain utama akibat cedera, berjaya menghalang mereka untuk berkongsi mata dengan Bayern.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 5:24 AM