GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Polis menahan lelaki di Jinjang Utara, di sini, hari ini, selepas disyaki memuatnaik gambar lucah kanak-kanak di Internet.

Tangkapan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, 9.50 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, serbuan dilakukan di rumah yang didiami suspek berusia 20 tahun itu selepas siasatan.

"Kami mendapat maklumat daripada polis Taiwan berkaitan eksploitasi kanak-kanak di laman sosial dan berdasarkan IP Adress, didapati ia dimuatnaik di Malaysia.

"Polis merampas telefon bimbit, komputer riba, modem, CPU dan pasport untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 7:49 PM