Gambar hiasan
Gambar hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


REMAJA lelaki ditahan polis, manakala beberapa lelaki lain diburu selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan selepas keluarga remaja perempuan berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Hubungan seks antara remaja lelaki berkenaan dengan remaja perempuan berkenaan yang juga teman wanitanya didakwa berlaku di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur pada Februari lalu.

Remaja perempuan berkenaan juga didakwa turut melakukan perkara sama dengan beberapa lelaki lain sebelum kejadian itu terbongkar selepas ibu saudaranya mengetahui mengenainya dan tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Asisten Komisioner Choo Lily berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan itu mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya sebelum ini.

Menurutnya, remaja perempuan itu juga ada melakukan hubungan sama dengan beberapa lelaki lain pada masa berbeza.

“Susulan itu, kita menahan teman lelakinya sebaik menerima laporan bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 376 Kanun Keseksaan.

“Beberapa lelaki lain yang didakwa pernah melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit kini sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 6:35 PM