AHMAD (dua dari kiri) bersama Zarinah (dua dari kanan) melancarkan strategi korporat baru MDV.
AHMAD (dua dari kiri) bersama Zarinah (dua dari kanan) melancarkan strategi korporat baru MDV.

Kuala Lumpur: Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) memperuntukkan RM200 juta bagi membiayai projek dalam sektor baru yang dikenal pasti mempunyai kesan tinggi kepada ekonomi negara.

Lapan sektor berkenaan ialah nanoteknologi, bahan termaju, robotik dan kepintaran tiruan, elektrik dan elektronik, penerbangan dan aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, minyak dan gas serta pengangkutan.

Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar berkata, peruntukan pembiayaan itu membantu syarikat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan mereka dalam sektor berkenaan, sekali gus memberi kesan kepada kemajuan ekonomi negara.

Beliau berkata, MDV berjaya membantu syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka sejak 12 tahun lalu yang mana dalam tempoh berkenaan RM8.8 biliondisalurkan kepada 700 projek teknologi dilaksanakan PKS.

“Kami melihat ini usaha menggalakkan lebih banyak syarikat PKS atau syarikat swasta menjalankan perniagaan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan tanggungjawab kami untuk menyediakan peluang berkenaan menerusi pembiayaan.

“Ini kerana bidang teknologi tinggi mempunyai pasaran yang besar dalam pasaran,” katanya pada pelancaran Strategi Korporat Baru MDV oleh Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Maslan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:11 AM