LIVERPOOL kini berada di tahap prestasi terbaik.
LIVERPOOL kini berada di tahap prestasi terbaik.
AFP

Liverpool: Liverpool bertandang ke Swansea City malam ini dan bakal bermain tanpa Mamadou Sakho yang sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan pengurus Reds Jurgen Klopp (gambar kecil).

Sebelum perlawanan yang berkesudahan Liverpool menang 5-1 ke atas Hull City minggu lalu, pemain antarabangsa Perancis itu mendakwa kelab cuba menipu peminat berhubung tahap kecergasannya.

Selepas perlawanan, Klopp mengadakan perbincangan bersama semua pemain sebelum bertemu Sakho secara peribadi dan mengingatkan mengenai tanggungjawab masing-masing.

Ditanya sama ada Sakho perlu bekerja keras dan menutup mulutnya jika mahu merebut kembali kedudukannya di dalam kesebelasan utama, Klopp berkata: “Itu bukanlah apa yang perlu dilakukan Mamadou Sakho, ia adalah tugas semua pemain. Bekerja keras dan cuba yang terbaik. Itulah yang perlu dilakukan semua pemain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 9:11 AM