WAJAH model selepas siap disolek. FOTO Aziah Azmee
WAJAH model selepas siap disolek. FOTO Aziah Azmee
Siti Nadirah Hafidzin

Ketika bersolek, apa yang anda inginkan? Mahu tampak glamor dan menyerlah hingga menjadi tumpuan atau cukup dengan riasan sederhana tetapi manis dipandang?

Rasanya ramai yang lebih selesa dengan solekan sederhana tetapi mampu menyerlahkan kecantikan atau lebih terkenal dengan panggilan solekan manis.

Namun istilah cantik bagi setiap individu itu berbeza, ada yang yakin tampil dengan solekan tebal dan menyerlah namun ada juga memilih mengenakan solekan nipis tetapi tetap kelihatan manis.

Apa juga jenis solekan dipilih, ia bergantung kepada empunya diri kerana bagi sesetengah wanita, bersolek tebal mampu menutup segala cela kekurangan dan meningkatkan keyakinan diri.

Menurut jurusolek Noraini Ab Hamid, setiap wanita mempunyai cara atau jenis solekan yang digemari dan ia bergantung kepada personaliti individu itu sendiri.

“Lebih elok sekiranya solekan tebal hanya dikenakan ketika majlis formal dan solekan nipis untuk hari biasa kerana ia lebih manis dipandang.

“Tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam bersolek hanya untuk ke pejabat, bersantai pada hujung minggu atau menghadiri jemputan majlis perkahwinan kerana bukan saja tidak sesuai malah membuang masa serta tenaga,” katanya.

Menurutnya, seiring peredaran masa kini, solekan ringkas namun manis lebih menjadi pilihan dan rata-rata wanita sudah semakin mahir untuk bersolek sendiri.

“Perkembangan teknologi seperti laman sesawang, YouTube, blog dan media sosial kini menyediakan banyak tutorial dan demonstrasi solekan yang boleh diikuti dengan mudah.

“Ia menjadikan sesiapa saja mampu tampil cantik dengan bersolek sendiri asalkan solekan itu tidak comot atau keterlaluan,” ujarnya.

Dia juga turut menyarankan supaya mendapatkan khidmat jurusolek profesional sekiranya mahukan solekan tebal atau mempunyai tema tertentu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sekiranya mahu tampil ringkas pada hari biasa seperti ke tempat kerja, keluar bersantai bersama yang tersayang atau menghadiri undangan bolehlah bersolek sendiri.

“Namun sekiranya mahu solekan bertema, disarankan mendapatkan khidmat jurusolek profesional,” katanya.

Noraini berkongsi langkah demi langkah dalam menghasilkan solekan ringkas namun menawan.

1. WAJAH model Aishah Sabri sebelum disolek. FOTO Aziah Azmee
1. WAJAH model Aishah Sabri sebelum disolek. FOTO Aziah Azmee

2. RATAKAN bedak asas pada seluruh wajah. Pilih rona bedak asas yang tidak terlalu cerah mahupun gelap berbanding kulit. FOTO Aziah Azmee
2. RATAKAN bedak asas pada seluruh wajah. Pilih rona bedak asas yang tidak terlalu cerah mahupun gelap berbanding kulit. FOTO Aziah Azmee

3. SAPUKAN bedak tabur dan lakukan teknik pembayang supaya wajah kelihatan lebih terbentuk. FOTO Aziah Azmee
3. SAPUKAN bedak tabur dan lakukan teknik pembayang supaya wajah kelihatan lebih terbentuk. FOTO Aziah Azmee

4. SAPU pembayang mata menggunakan rona lembut dan semula jadi seperti warna tanah atau merah jambu. FOTO Aziah Azmee
4. SAPU pembayang mata menggunakan rona lembut dan semula jadi seperti warna tanah atau merah jambu. FOTO Aziah Azmee

5. BENTUK kening supaya penampilan lebih cantik dan manis dipandang. FOTO Aziah Azmee
5. BENTUK kening supaya penampilan lebih cantik dan manis dipandang. FOTO Aziah Azmee

6. SETERUSNYA, pemerah pipi disapukan dengan tidak keterlaluan. FOTO Aziah Azmee
6. SETERUSNYA, pemerah pipi disapukan dengan tidak keterlaluan. FOTO Aziah Azmee

7. LANGKAH terakhir adalah oleskan gincu dengan memilih rona yang ‘manis’ dan sesuai dengan busana. FOTO Aziah Azmee
7. LANGKAH terakhir adalah oleskan gincu dengan memilih rona yang ‘manis’ dan sesuai dengan busana. FOTO Aziah Azmee

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 1:06 PM