MAKHTAR (tengah) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
MAKHTAR (tengah) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan. FOTO Mohamad Zulhairie Manzaidi
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan menyasarkan 344,000 rakyat akan menyertai sambutan Hari Sukan Negara di negeri ini pada 8 Oktober depan.

Pengarahnya, Datuk Makhtar Mustapha berkata, bagaimanapun pihaknya menjangkakan jumlah itu akan bertambah sehingga 500,000 orang selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan arahan supaya setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menganjurkan sambutan itu di sekolah masing-masing pada hari berkenaan yang diadakan serentak di seluruh negeri ini.

Katanya, sambutan ini diadakan adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan Malaysia negara bersukan.

"Sasaran asal kita adalah seramai 344,000 rakyat akan menyertai sambutan ini, namun selepas KPM keluarkan arahan kita jangka jumlah penyertaan akan bertambah sehingga 500,000 orang menerusi pembabitan murid dan pelajar sekolah.

"Pada tahun ini pelbagai aktiviti dan riadah akan diadakan untuk memastikan penduduk dan rakyat di negeri ini turut sama mengambil bahagian dalam sambutan Hari Sukan Negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Peruntukan Hari Sukan di Hotel Sutera Inn di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 4:45 PM