MAKHTAR (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MAKHTAR (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Ismail Muhamad


Kota Bharu: Tiga puluh kumpulan kugiran Orang Asli seluruh Kelantan mengesahkan mengambil bahagian sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri Kelantan di Pusat Sivik Gua Musang pada 5 hingga7 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, belia Orang Asli mengesahkan penyertaan mereka dalam kugiran yang diadakan buat pertama kali khusus untuk mereka bagi pengisian program sambutan berkenaan.

"Penyertaan belia Orang Asli dari Pos Orang Asli dari Gua Musang menunjukkan bakat masing-masing kerana pertandingan kugiran itu khusus untuk mereka sahaja.

"Pertandingan kugiran Orang Asli ini bagi menarik penyertaan belia berkenaan memandangkan sambutan hari belia peringkat negeri tahun ini diadakan di jajahan Gua Musang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang 1/2016 peringkat negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada sambutan itu, dua acara iaitu sewang paling ramai membabitkan 700 peserta dan canting batik terpanjang 600 meter diadakan bagipengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sempena sambutan berkenaan.

"Kita harap belia dari negeri ini termasuk masyarakat Orang Asli dapat hadir untuk menjayakan sambutan itu.

"Sempena sambutan itu 500 peluang kerja ditawarkan kepada belia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 3:06 PM