KHALID Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
KHALID Abu Bakar. FOTO arkib NSTP
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Tiada sebarang elemen mencurigakan dan kaitan aktiviti keganasan ditemui pada kapal bawa baja dari Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di perairan Bali, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa Indonesia bagi mendapat maklumat selanjutnya.

"Kami sudah menghubungi pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat itu," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran 1Aman Week, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya mengingatkan orang ramai supaya tidak cepat membuat andaian termasuk mengaitkannya penahanan itu dengan aktiviti keganasan.

Khalid berkata, kapal berkenaan membawa 30 tan baja dan beliau tidak rasa ia akan digunakan untuk tujuan lain selain perladangan dan pertanian.

Pihak berkuasa Indonesia di Bali semalam menahan kapal dari Malaysia yang membawa kira-kira 30 tan baja yang dipercayai polis mungkin digunakan untuk membuat bom.

FOTO Fariz Iswadi Ismail

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 12:57 PM