FOTO Noor Hidayah Tanzizi
FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor, di sini, ditutup sepenuhnya pada 10.45 pagi ini.

Pusat pemindahan itu yang dibuka Isnin lalu, ditutup selepas air sudah mula surut sepenuhnya.

Kesemua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing pada kira-kira 8 pagi.

Fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Bagan Panchor dilanda banjir kilat dengan 73 pendudk daripada 18 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah ketika dihubungi mengesahkan semua mangsa sudah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan berkenaan ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 12:28 PM