KEADAAN banjir di Kampung Bagan Panchor Pantai Remis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
KEADAAN banjir di Kampung Bagan Panchor Pantai Remis. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Seramai 67 orang daripada 15 keluarga di Kampung Bagan Panchor dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor, di sini, selepas kawasan rumah mereka dinaiki air setinggi 1.2 meter, malam tadi.

Banjir berkenaan berlaku disebabkan fanemona air pasang besar sejak semalam disusuli hujan lebat.

Penolong Pegawai Kanan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Manjung, Rahim Kassim berkata, pusat pemindahan itu dibuka pada 10 malam tadi.

"Sehingga kini 15 keluarga sudah berdaftar membabitkan 67 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan semua berada di dalam keadaan baik," katanya. Semalam, fenomena air pasang besar menyebabkan kawasan jalan utama dinaiki air namun tidak membabitkan mangsa atau arahan berpindah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 9:48 AM