AIR di Kampung Bangan Panchor mulai surut awal pagi tadi. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
AIR di Kampung Bangan Panchor mulai surut awal pagi tadi. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Jumlah mangsa banjir di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 73 orang daripada 18 keluarga setakat 9.30 pagi tadi berbanding 67 orang daripada 15 keluarga, semalam.

Semua mangsa terbabit ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Panchor yang dibuka sejak malam Isnin lalu selepas fenomena air pasang dan hujan lebat berterusan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, jumlah mangsa meningkat tiga keluarga berbanding semalam, namun setakat ini tiada lagi penambahan dilaporkan

"Cuaca hari ini cerah dan dalam keadaan baik serta keadaan turut terkawal," katanya.

Air mula naik di kawasan rumah penduduk setinggi 0.4 meter 8 malam tadi, namun mula surut awal pagi tadi dan hanya terdapat beberapa kawasan saja masih bertakung.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 11:32 AM