EXCO, Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri), melawat salah seorang anggota pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, yang dipercayai terhidu `acid ferric’ selepas satu tangki asid itu bocor di kilang di Kampung Bukit Merah, Ipoh, semalam. FOTO BALQIS JAZIMAH ZAHARI

Farah Suhaidah Othman

Ipoh : Pekerja kilang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengalami keradangan paru-paru akibat terhidu gas klorin dalam kejadian kebocoran gas di sebuah kilang di Kampung Bukit Merah, di sini semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, pekerja kilang dipindahkan ke unit berkenaan selepas mendapati paru-parunya akibat terhidu gas klorin di kilang berkenaan.

Katanya,sehingga kini pesakit berkenaan menggunakan alat bantuan pernafasan dan diberikan ubat penenang.

"Bagaimanapun tekanan darah dan denyutan nadi pesakit berkenaan normal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Juita berkata, seorang daripada anggota bomba yang turut menerima rawatan di hospital sama berada di wad biasa dan masih dalam pemantauan.

"Anggota bomba berkenaan dalam keadaan stabil dan dia masih lagi di bawah pemantauan pegawai perubatan," katanya.

Semalam, enam anggota bomba dan dua pekerja kilang menerima rawatan di hospital dan klinik akibat terhidu gas yang bocor di kilang berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 3:17 PM