SARJAN Hassan.
SARJAN Hassan.
Mohd Amin Jalil


Tidak ramai mengenali sejarah sebenar Sarjan Hassan terutama dalam kalangan generasi muda masa kini yang umumnya hanya mengetahuinya berdasarkan filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee mengisahkan seorang anggota Askar Melayu berjuang menentang penjajah Jepun di Tanah Melayu.

Hakikat sebenar individu bernama Sarjan Hassan ini pejuang terbilang yang pernah dilahirkan Askar Melayu kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bermula 1950 hingga 1953.

Bagi memastikan orang ramai terutama rakyat Negeri Sembilan dapat mengenali lebih dekat pejuang tanah air itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mengadakan pameran Sarjan Hassan: Pahlawan Terbilang, di Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong Seremban.

Pameran percuma bermula 16 Ogos lalu diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59, 31 Ogos lalu. Sepanjang pameran itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai Sarjan Hassan bermula kelahirannya sehingga pembabitan beliau dalam pasukan keselamatan negara dan kejayaannya membunuh komunis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:51 AM