ABD Razak menunjukkan uniform tentera lama zaman Sarjan Hassan miliknya.
ABD Razak menunjukkan uniform tentera lama zaman Sarjan Hassan miliknya.
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: “Sarjan Hassan yang digambarkan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang wujud, cuma dia wira tidak didendang,” kata Mohamad Muhsin Hassan, 56, anak kepada arwah Sarjan Hassan Othman yang pernah menentang komunis dan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Sarjan Hassan adalah pejuang terbilang kerana kejayaannya membunuh 11 anggota komunis ketika menjadi ketua seksyen dan platun dalam Batalion Empat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bermula 1950 hingga 1953.

Sarjan Hassan juga dikatakan terbabit dalam tindakan menggagalkan usaha 400 hingga 500 anggota komunis di WaterFall Estate, Rawang, Selangor yang cuba mensabotaj kemerdekaan negara 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Allahyarham meninggal dunia pada 30 April 1991 akibat sakit jantung di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan dikebumikan di Makam Haji Said, Seremban.

Mohamad Muhsin berkata, dia bangga dengan perjuangan arwah bapanya hinggakan kisah perjuangannya dijadikan filem Melayu terawal bercorak kenegaraan dan ditayangkan di pawagam pada Ogos 1958 iaitu sempena sambutan ulang tahun pertama kemerdekaan Tanah Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:13 AM