Kamera pintar Samsung NX1.
Kamera pintar Samsung NX1.
Oleh Gaddafi Musli dan Miorazlan Mior Kamarulbaid

Kuala Lumpur: Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan kamera sistem kompak (CSC) model NX1 yang dilengkapi sensor CMOS 28 megapiksel dan pemproses berkuasa tinggi DRIMe V untuk menghasilkan imej lebih berkualiti serta mengurangkan 'noise' pada gambar.

Selain itu, NX1 berupaya merakam imej pada 15 FPS dengan sistem fokus automatik yang unik di samping menyokong rakaman video 4K Ultra HD.

Lebih menarik kamera ini merakam video dalam format H.265 yang menjimatkan ruang penstoran tanpa mengganggu kualiti visual.

Dijual pada harga RM4,699 tanpa lensa dan RM8,699 beserta lensa 16-50mm F2-2.8, NX1 adalah produk yang menjanjikan kepuasan optimum melalui aplikasi teknologi canggih dan kompak.

Bagi peminat selfie dan mereka yang gemar memuat naik gambar di laman sosial pula, kamera ini turut dilengkap sistem bluetooth dan WiFi untuk berhubung dengan peranti lain malah boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar.

Spesifikasi

SAMSUNG NX1

HARGA: RM4,699 (tanpa lensa) , RM8,699 (lensa 16-50mm F2-2.8)

RESOLUSI: 28.2MP

PAPARAN: 3.0 inci Super AMOLED

VIDEO OUTPUT: NTSC, PAL, HDMI

SAMBUNGAN: WiFi IEEE 802.11b/g/n/ac, NFC, bluetooth 3.0

SETORAN: SD,SDHC,SDXC,UHSI, UHS-II

DIMENSI: 138.5 x 102.3 x 65.8mm

BERAT: 550g

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Disember 2014 @ 2:27 PM