SEMUA pemenang bergambar bersama tetamu kehormat selepas majlis penyampaian hadiah.
SEMUA pemenang bergambar bersama tetamu kehormat selepas majlis penyampaian hadiah.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMK Labuan) apabila diumumkan sebagai juara bagi Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) 2016.

Tiga pelajar dari SMK Labuan iaitu Kok Hui Taou, Eleana Kang Ren Wei dan Tan Yong Li diumumkan sebagai pemenang selepas melalui cabaran peringkat akhir bersama tiga finalis lain yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bulan lalu.

Guru pengiring SMK Labuan, Nur Farhanah Mohamed Ibrahim berkata, persiapan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan itu bermula sejak April lagi.

“Berbanding cabaran tahun lalu, tahun ini lebih mudah kerana skop soalan lebih khusus kepada subjek sains tingkatan empat dan lima.

“Strategi kami setiap ahli kumpulan menguasai setiap subjek iaitu biologi, fizik dan kimia. Eleana kuasai subjek biologi, Tan mendalami fizik dan Kok memilih kimia,” katanya.

SMK Labuan membawa pulang trofi Perdana Menteri bersama Ipad Mini dan bakal ke Sweden untuk lawatan sambil belajar sambil berpeluang menonton Majlis Anugerah Nobel.

Pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat yang dimenangi Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula bakal ke Jepun bagi Sakura Science Exchange Program.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 11:58 AM