PENGGUNAAN ciri silhuet di bahagian sekeliling bahu tonjol teknologi canggih ditampilkan.
PENGGUNAAN ciri silhuet di bahagian sekeliling bahu tonjol teknologi canggih ditampilkan.
Hajahfarhana Tarmudi


Gaya klasik dan rekaan digital antara revolusi terkini dalam aliran fesyen masa kini yang ditambah dengan ciri kekuatan serta keazaman, memperlihatkan kehebatan dalam setiap ciptaan.

Tidak dinafikan aliran fesyen masa kini begitu pantas dan setiap jenama menonjolkan keunikan serta keistimewaan hasil buah fikiran dan idea si pereka itu sendiri.

Pada masa sama, idea dan ilham yang ingin diadaptasi pada setiap rekaan turut menitikberatkan aspek cita rasa serta trend semasa yang digilai ramai pencinta fesyen.

Bagi peminat helaian pakaian mahupun aksesori ditampilkan The Emporio Armani, kebanyakan wanita memilih rekaan lebih teliti untuk menonjolkan gaya tersendiri.

Bersandarkan latar belakang rona hitam yang lebih banyak digunakan dalam ledakan visual, ia sekali gus menonjolkan konsep digital dan rekaan termasuk pada bahagian penggunaan warna pelbagai corak garisan.

Rekaan, potongan dan jahitan yang kemas ditekankan di samping penggunaan ciri silhuet di bahagian sekeliling bahu untuk menonjolkan kehebatan teknologi canggih yang ditampilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 5:01 AM