Kereta milik Sunaru Abd Rahman yang dihias bertemakan Hari Kebangsaan. - Foto MOHD ADAM ARININ
Kereta milik Sunaru Abd Rahman yang dihias bertemakan Hari Kebangsaan. - Foto MOHD ADAM ARININ
Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Seorang mekanik melabur RM850 bagi memastikan kereta Mistsubishi Galant miliknya dihias bertemakan Hari Kebangsaan.

Sunaru Abd Rahman, 55, berkata setiap tahun dia memastikan kenderaannya bukan saja dihias dengan puluhan bendera, malah cat dan lampu hiasan juga mengikut warna Jalur Gemilang.

"Saya mula menghias kereta ini sejak awal bulan ini (Ogos) bagi memastikannya siap sebelum sambutan Hari Kebangsaan.

"Sudah menjadi tradisi tahunan sejak enam tahun lalu, saya membawa kereta ini mengelilingi Bandaraya Kota Kinabalu setiap malam merdeka bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

"Saya berharap semangat kemerdekaan itu turut dapat dirasai orang lain apabila melihat kereta ini," katanya.

Menurut Sunaru yang kini menetap di Kinarut, Papar, 80 bendera Jalur Gemilang termasuk 14 bendera setiap negeri yang ada di Malaysia menghiasi kenderaannya tahun ini selain hiasan patung askar yang turut dilekatkan di bahagian hadapan kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 9:27 PM