MUSONNEF Md Radzi mempengerusikan mesyuarat bersama ahlinya berhubung kemelut melanda pengilang beras Melayu. FOTO Rahmat Othman
MUSONNEF Md Radzi mempengerusikan mesyuarat bersama ahlinya berhubung kemelut melanda pengilang beras Melayu. FOTO Rahmat Othman
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) memohon kerajaan mempertimbangkan dana khas untuk tujuan pemulihan dan pembangunan industri padi dan beras selepas mendakwa nasib pengilang beras Melayu kini dalam keadaan tenat.

Yang Dipertuanya Musonnef Md Radzi berkata, sehingga kini, sebanyak 20 kilang padi Melayu dalam keadaan kritikal di seluruh negara sehingga ada yang sudah tidak mampu beroperasi akibat dibebani masalah kewangan.

Menurutnya, sebanyak 13 kilang terbabit di Kelantan masih gagal beroperasi sejak 2014 dan sebuah kilang di terengganu diisytiharkan muflis manakala dua kilang di Kedah masih dalam perbicaraan mahkamah bagi tuntutan hutang oleh Padi Beras Nasional (BERNAS) serta dua lagi kilang dalam perbicaraan mahkamah oleh pihak bank.

"Selain itu sebuah kilang di Perlis turut gagal beroperasi sejak 2010 sementara sebuah kilang di Johor sudah diambil alih oleh BERNAS.

"Sehubungan itu kami (PPBMM) meminta campur tangan segera pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyelesaikan masalah ini dan merayu satu dana khas diberikan kepada pengilang beras Melayu supaya industri ini dapat diselamatkan," katanya pada sidang media di pejabat PPBMM Jalan Putra, di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 12:35 PM