MAYAT yang ditemui di Sungai Klang. FOTO ihsan pembaca
MAYAT yang ditemui di Sungai Klang. FOTO ihsan pembaca
Mohd Hasbi Sidek


Puchong: Mayat lelaki terikat pada kedua-dua belah kaki, tangan dan leher ditemui di Sungai Klang dekat Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13 di sini, hari ini.

Mayat dipercayai dibunuh sebelum dijumpa orang awam di lokasi pada 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa.

"Berdasarkan keadaan mayat yang ditemui, terdapat unsur jenayah.

"Bagaimanapun, tiada kesan luka ditemui pada badannya. Buat masa ini kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 6:49 PM