V Shem (kanan) dan Wee Kiong rai kejayaan menyingkirkan Yong Dae dan Yeon Seong 17-21, 21-18, 21-19. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
V Shem (kanan) dan Wee Kiong rai kejayaan menyingkirkan Yong Dae dan Yeon Seong 17-21, 21-18, 21-19. FOTO NSTP/ROSLI RAHMAT
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Beregu utama negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar kejutan menundukkan pasangan nombor satu dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong pada suku akhir Sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.

V Shem-Wee Kiong, yang menghuni ranking ke-12 dunia, bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mengatasi beregu Korea Selatan itu 17-21, 21-18, 21-19 dalam masa 86 minit.

Kemenangan itu membolehkan mereka layak ke separuh akhir menentang pasangan China, Chai Biao-Hong Wei esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:55 PM