Beregu V Shem dan Wee Kiong memburu pingat emas pada final beregu badminton lelaki.
Beregu V Shem dan Wee Kiong memburu pingat emas pada final beregu badminton lelaki.
V Shem (kiri) dan Wee Kiong meraikan kejayaan mara ke final badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Rio 2016. FOTO AFP
V Shem (kiri) dan Wee Kiong meraikan kejayaan mara ke final badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Rio 2016. FOTO AFP
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Pasangan nombor satu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir beregu lelaki Sukan Olimpik Rio, hari ini.

V Shem-Wee Kiong meneruskan rentak gemilang mereka menundukkan gandingan nombor lima dunia Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 pada pertembungan separuh akhir dalam saingan memakan masa selama 64 minit.

Mereka akan menentang sama ada pilihan keempat dari China, Fu Haifeng-Zhang Nan atau beregu Britain, Marcus Ellis-Chris Langridge pada aksi final Jumaat ini.

Sebelum ini, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sudah melayakkan diri ke final menentang Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia, malam esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 10:57 PM