TUNKU Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua dari kiri) memeriksa pembarisan kehormat di majlis perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-13 di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
TUNKU Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua dari kiri) memeriksa pembarisan kehormat di majlis perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-13 di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Kerajaan harus melindungi rakyat daripada sebarang bentuk keganasan termasuk kumpulan militan Daish melalui penguatkuasaan undang-undang.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, mutakhir ini, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan agresif puak militan Daish yang menyerang dan bertindak ganas terhadap pihak yang memusuhinya.

Titahnya, lebih membimbangkan sudah ada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan kumpulan militan ini dan mensasarkan orang kenamaan, kem askar dan balai polis untuk mendapatkan senjata atau wang bagi membiayai perjuangan songsang mereka.

"Ternyata kumpulan militan Daish ini tidak akan berhenti melakukan propaganda dan mengembangkan ideologi sesat mereka.

"Baru-baru ini mereka menyebarkan akhbar Al Fatihin yang menarik sokongan golongan bersimpati dengan perjuangan mereka.

"Oleh itu kerajaan haruslah melindungi rakyat daripada sebarang bentuk keganasan melalui penguatkuasaan undang-undang," titahnya ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-13 hari ini.

Turut berangkat Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 12:10 PM