PROTON Persona serba baru bakal dilancar 23 Ogos ini.

Lizam Ridzuan

Shah Alam: Proton Holdings Berhad bakal melancarkan model Persona Serba Baru pada 23 Ogos 2016 dengan lima varian yang dilengkapi pelbagai ciri terkini untuk kategori segmen B.

Untuk varian Standard ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu 1.6 MT dan 1.6 CVT Standard, 1.6 CVT untuk Executive, 1.6 CVT Premium serta 1.6 CVT Premium (bodykit) untuk varian Premium.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Persona baru ini dilengkapi dengan enjin 1.6 liter VVT yang mampu menyalurkan 107 kuasa kuda dan tork sehingga 150 Nm.

“Walaupun dilancarkan dua minggu lagi namun tempahan sudah boleh dibuat bermula 15 Ogos di semua cawangan Proton Edar di Malaysia,” terangnya ketika ditemui ketika sesi pandu uji Persona bersama media petang tadi.

Antara ciri lain yang terdapat pada model ini termasuk dimensi dengan 4,387mm panjang, 1,722mm lebar dan 1,554 mm tinggi dengan 2,555mm jarak roda dan bonet seluas 510 liter berbanding 430 liter untuk model terdahulu.

Enjin VVT empat silinder ini juga jimat bahan api lebih 10 peratus untuk transmisi automatik dan 13 peratus untuk manual manakala untuk ciri keselamatan pula ia dilengkapi dengan enam beg udara SRS, sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Brek Anti-Kunci (ABS).

Meskipun tiada pengumuman harga dibuat namun ia dijangka akan dijual pada harga di bawah RM65,000 dengan promosi tiga tahun waranti serta enam pilihan warna iaitu putih, kelabu, perak, hitam, coklat dan merah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 10:32 PM