ANGGOTA polis mengiringi empat lelaki berhubung kes baling batu ke arah bas penyokong bola sepak Kedah. FOTO Ramdzan Masiam
ANGGOTA polis mengiringi empat lelaki berhubung kes baling batu ke arah bas penyokong bola sepak Kedah. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana dituduh melakukan rusuhan terhadap penyokong bola sepak.

Bagaimanapun, semua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.

Umma Devi kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,300 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini sebagai sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa merusuh terhadap penyokong pasukan Kedah di Stadium Bandaraya dan Jalan Datuk Keramat, di sini, 11.30 malam, 26 Julai lalu.

Tertuduh, Ruzairi Abdul Rahman, 31, bekerja sebagai pembantu hospital; Muhammad Fizry Shukor, 21, pelajar; Samsuri Aman Rusli Aman, 35, pekerja swasta dan Muhammad Hafiz Bin Abdullah, 24, peniaga didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee mankalan tertuduh diwakili peguambela Mohd Izad Mohd Zambri dan R Sankara Krishna.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 11:31 AM