AP

Santa Clara, Califiornia: Nyanyian lagu tidak rasmi Liverpool “You’ll Never Walk Alone,” bergema di Stadium Levi’s pada sesi memanaskan badan, 5,000 batu (8,046km) dari negara asalnya.

Sokongan peminat buat kelab sukan paling popular di dunia itu begitu ketara apabila Divock Origi (gambar) dan Roberto Firmino menjaringkan gol bagi membolehkan Liverpool menewaskan AC Milan 2-0 pada perlawanan pertunjukan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Levi’s.

“Ia berada di seluruh dunia dan ini membuktikan betapa besarnya kelab ini,” kata pemain tengah Liverpool James Milner.

“Seronok datang dari jauh ke Amerika, jauh dari negara asal namun mereka sentiasa menyokong kami.”

Origi membuka jaringan pada minit ke-59 hasil bantuan Alberto Moreno.

Firmino menjaringkan gol 14 minit kemudian apabila menolak masuk hantaran Sheyl Ojo.

Jaringan Origi terhasil selepas separuh masa pertama dengan memberi tekanan kepada AC Milan. Reds mengatasi AC Milan 5-2 menerusi percubaan tepat, lima kali melakukan sepakan sudut berbanding satu daripada pihak lawan dan hanya dua kali mempertahankan kubu mereka.

“Saya berpuas hati dengan persembahan kami, terutama pada separuh masa pertama,” kata jurulatih Liverpool, Juergen Klopp. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 7:53 AM