Agensi

Jambi: Gara-gara mahu mendapatkan semula burungnya yang dicuri, seorang lelaki terpaksa merengkok dalam lokap selepas ditangkap polis.

Mendakwa mengambil burung murainya yang dicuri. Fernandes, 25, berkata, dia sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Ini burung saya, tuan. Justeru saya ambil,” katanya kepda polis.

Dilihat menangis teresak-esak kerana ketakutan, Fernandes bersungguh-sungguh meyakinkan polis yang menahannya di Lingkar Selatan di Jambi Selatan.

Dia ditangkap selepas dilihat mengambil burung murai milik seorang wanita tempatan, Lasmawati Tampubolon.

Ketika diambil, burung itu diletakkan di dalam sangkar di depan rumah Lasmawati.

Kata Fernandes, dia memang kenal benar burung miliknya dan yakin murai di depan rumah Lasmawati itu haknya yang hilang beberapa hari lalu.

“Saya tahu ciri khas burung saya antaranya warna hitamnya tidak begitu pekat,” katanya.

Menurut Fernandes, dia mengintai burung Lasmawati sejak Selasa sebelum cuba melarikannya jam 10 pagi semalam.

Namun tindakannya itu disedari Lasmawati dan Fernandes segera ditangkap.

Sebelum polis tiba, dia sempat dibelasah orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:04 AM