LIM Guan Eng ketika sidang media. FOTO Ramdzan Masiam
LIM Guan Eng ketika sidang media. FOTO Ramdzan Masiam
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan jawatan disandangnya kini bakal digantikan ahli keluarganya, jika diri dia didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan nanti.

Guan Eng berkata, sekiranya dia dipenjarakan, bakal penggantinya adalah calon yang akan dipilih rakyat Pulau Pinang.

"Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dibuat dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka yang berjiwa rakyat.

"Pengganti saya bukanlah adik ataupun bapa saya," katanya pada sidang media yang diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, hari ini.

Beliau menegaskan pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Julai 2016 @ 1:28 PM