MULA mengenali Tengku Shariffuddin hampir setahun lalu.
MULA mengenali Tengku Shariffuddin hampir setahun lalu.

Hubungan cinta pelakon Juliana Evans dengan kerabat diraja Selangor bernama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah bukan lagi rahsia.

Juliana yang mesra disapa Jue, 26, juga tidak menyembunyikan hubungan yang terjalin hampir setahun itu.

Siapa sangka pertemuan di sebuah majlis menyatukan dua jiwa ini.

Menurut Jue, sepanjang menetap di Shah Alam, Selangor, tidak pernah sekali pun dia terserempak dengan kekasihnya itu, namun mengenali keluarga jejaka kacak itu.

Biarpun masih terasa seperti bermimpi apabila bercinta dengan kerabat diraja, Jue melihat hubungan itu sebagai takdir yang tertulis untuknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2016 @ 7:21 AM