CRISTIANO RONALDO
CRISTIANO RONALDO
KARIM BENZEMA
KARIM BENZEMA
SERGIO RAMOS
SERGIO RAMOS
JAMES RODRIGUEZ
JAMES RODRIGUEZ
DANI CARVAJAL
DANI CARVAJAL

Apabila barisan kesebelasan utama dunia FIFPro FIFA diumumkan pada majlis anugerah Ballon d'Or di Kongresshaus, Zurich pada 12 Januari, ia mungkin kelihatan seperti senarai pemain Carlo Ancelotti.

Real Madrid mempunyai seorang penjaga gol, lima pertahanan, tiga pemain tengah dan tiga penyerang dalam senarai pendek membabitkan 55 pemain.

Ancelotti juga berpeluang meraih anugerah pengurus terbaik manakala Cristiano Ronaldo, yang memecahkan rekod dengan 17 gol sepanjang kempen Liga Juara-Juara musim lalu menjadi pilihan untuk memenangi Ballon d'Or.

Juara Eropah itu kini berbangga dengan 19 kemenangan berturut-turut yang mungki berlanjutan hingga ke 20 dengan perlawanan menentang Almeria di tempat sendiri sebelum berkunjung ke Maghribi untuk menyertai Piala Dunia Kelab.

Ketika majlis anugerah itu diadakan, mereka mungkin berada di puncak dunia, begitu juga sebagai pasukan pilihan untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.

Kejayaan mereka memenangi enam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara membuktikan kemampuan mereka. Begitu juga dengan prestasi mereka di dalam La Liga, berjaya mengetepikan Barcelona ketika kedua-dua pasukan itu bertemu Oktober lalu, meletakkan mereka di atas dan mereka dijangka menjulang gelaran itu.

Apabila FIFA mengumumkan pasukan pilihan mereka, Real mungkin perlu memberi laluan kepada kelab lain. Misalnya, Iker Casillas, selepas menempuhi kempen Piala Dunia yang hambar, mungkin kembali mencapai prestasi di La Liga namun sudah terlambat untuk menghalang Manuel Neuer daripada dipilih sebagai penjaga gol terbaik.

Pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin sepatutnya dipilih sebagai pertahanan terbaik dan ini bermakna, kedua-dua Sergio Ramos and Pepe yang berpeluang disenaraikan dalam kesebelasan terbaik, perlu bersaing untuk posisi bek tengah.

Sebagai salah seorang finalis Ballon d'Or, Lionel Messi pasti akan disenaraikan dalam pasukan itu dan ini bermakna Gareth Bale, Karim Benzema dan Ronaldo tidak akan berpeluang menyapu bersih ketiga-tiga posisi penyerang.

Barisan tengah pula bakal disaingi bintang Real ketika ini dan mereka yang menjadi tunjang kejayaan musim lalu iaitu Luka Modric, James Rodriguez dan Toni Kroos serta Angel di Maria dan Xabi Alonso.

Apa saja yang berlaku terhadap 'barisan akhir' pemain itu, ia mungkin akan terdiri daripada lima pemain Real, termasuk yang dijual musim panas lalu.

Malah Bernabeu sendiri tidak kisah jika pemain yang dilepaskan Ogos lalu, menyertai pasukan itu. Kejayaan muka baru, Kroos dan Rodriguez yang cemerlang selepas penjualan Alonso and Di Maria, tidak langsung menggusarkan peminat.

Rodriguez sudah menjaringkan sembilan gol, kurang dua berbanding Di Maria pada kempen musim lalu. Dia dilihat sebagai pembelian bernilai apatah lagi bintang Colombia itu nilai kurang £1.5 juta (RM8.17 juta) setahun berbanding pemain Argentina itu.

Mereka mungkin tidak akan menyapu bersih pasukan FIFA FIFPro, tetapi tidak mustahil mereka akan terus mendominasi untuk beberapa tahun lagi.

INFO

* Pencalonan pemain Real Madrid

-Ballon d'Or: Cristiano Ronaldo

-Penjaga gol terbaik: Iker Casillas

-Pertahanan Terbaik: Dani Carvajal, Sergio Ramos, Pepe, Marcelo, Raphael Varane

-Pemain tengah terbaik: Toni Kroos, James Rodriguez, Luka Modric

-Penyerang terbaik: Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Karim Benzema

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:06 AM