FOTO Facebook/Chuah Tze Leng dan agensi.
FOTO Facebook/Chuah Tze Leng dan agensi.
HM Digital


Kuala Lumpur: “Anak saya ada menghubungi saya,” kata Chuah Tze Leng, ayah kepada penuntut Malaysia yang cedera dalam serangan rempuhan trak ketika sambutan Hari Bastille di Perancis.

Tze Leng menerusi status di akaun Facebook menyatakan: “My son managed to call me this evening.

“He is ok but hospitalised due to a fracture at his back. He was hit by the side of the white truck which carried firearm and grenades and luckily that did not explode.

“Hospital CT scan also showed trauma in his lung and stomach. I would like to say thank you for your help and kind support. Thank you again.”

Semalam, menerusi akaun Facebook, Tze Leng dipetik memuatnaikkan mesej: “Tolong cari anak lelaki saya, Esmond Chuah Hooi Ong (pelajar SUTD) yang cedera dalam serangan di Nice, Perancis pagi ini. Ingin tahu keadaannya sekarang.”

Hooi Ong adalah Penuntut tahun tiga Singapore University of Technology and Design (SUTD).

Menurut laporan Channel NewsAsia yang memetik SUTD, penuntut itu antara 12 pelajar SUTD yang berada di Nice untuk program musim panas manakala 11 lagi penuntut selamat.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan, berkata penuntut itu mengikuti program pertukaran di Perancis.

“Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Paris akan terus memantau situasi," kata kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya 84 orang dilaporkan maut dan ramai lagi cedera apabila trak merempuh orang ramai ketika sambutan itu di Nice, di selatan Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 4:55 AM