TRUMP (kanan) dan Pence ketika bakal calon Parti Republikan itu berkempen di Westfield, Indiana, Amerika Syarikat, kelmarin. - Agensi
TRUMP (kanan) dan Pence ketika bakal calon Parti Republikan itu berkempen di Westfield, Indiana, Amerika Syarikat, kelmarin. - Agensi
Reuters

Washington: Bakal calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Republikan, Donald Trump merancang mengumumkan naib presiden pilihannya sebelum menghadiri konvensyen kebangsaan parti itu di Cleveland minggu depan, kata pengurus kempennya semalam.

Trump dijadual membuat pengumuman itu semalam, tetapi menangguhkannya ekoran serangan rempuhan trak di Nice, Perancis.

Sumber Republikan berkata, Trump dijangka memilih Gabenor Indiana, Mike Pence.

Pengerusi kempen, Paul Manafort dalam satu wawancara televisyen semalam memberitahu, Trump akan mengumumkan pilihannya sebelum Konvensyen Republikan Kebangsaan di Cleveland yang bermula Isnin ini.

Manafort berkata, dia menjangkakan Trump akan memberitahu hari dan masa baru untuk mengumumkan calon naib presiden pilihannya.

“Saya jangkakan pengumuman akan dibuat sebelum kami pergi ke Cleveland,” katanya dalam wawancara dengan CNN.

Namun, Manafort enggan mengesahkan Pence adalah calon pilihan Trump.

Trump memberitahu, dia menangguhkan pengumuman itu sebagai menghormati mangsa serangan rempuhan trak di Nice yang menyebabkan sekurang-kurangnya 84 orang maut. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 5:05 AM