PASUKAN menembak Pahang dijangka mampu sumbang emas.
PASUKAN menembak Pahang dijangka mampu sumbang emas.
Asrol Awang


Kuantan: Seramai 416 atlet Pahang dinasihatkan menjaga disiplin sepanjang menyertai temasya SUKMA Sarawak 2016 yang bermula pada 22 hingga 31 Julai ini.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) Mohamed Rashdan Mohamed Razali berkata, sikap positif yang diterapkan diharap membantu atlet meraih kejayaan membanggakan pada temasya kali ini.

Katanya, atlet tidak hanya menunjukkan tahap disiplin tinggi di gelanggang, malah apabila berada di perkampungan sukan dalam membentuk jati diri yang positif.

“Mereka bukan membawa nama individu tapi nama Pahang untuk memberi imej yang baik serta memburu misi meraih pingat buat kontinjen sepanjang berada di Sarawak.

“Saya percaya jika semua atlet menerapkan nilai murni serta mengutamakan disiplin, kejayaan mampu diraih berbekalkan komitmen tinggi selepas menjalani latihan intensif,” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2016 @ 6:04 AM