ANGGOTA polis berkawal di pekarangan Mahkamah Pulau Pinang. FOTO Danial Saad.
ANGGOTA polis berkawal di pekarangan Mahkamah Pulau Pinang. FOTO Danial Saad.
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Keadaan di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang setakat ini masih terkawal namun beberapa penyokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat masih menunggu di luar.

Mereka yang terdiri daripada hampir 100 penyokong itu cuba masuk bagaimanapun dihalang anggota polis yang bertugas mengawal di depan pintu.

Hanya pengamal media dan petugas mahkamah dibenarkan masuk ke kompleks terbabit setakat ini.

Setakat ini, Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon masih berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hingga kini hanya peguam Guan Eng dilihat sudah tiba di mahkamah sebentar tadi.

Guan Eng dan Phang akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana tuduhan rasuah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2016 @ 9:26 AM