Nor Akmar Samudin


Aktres Priyanka Chopra terus melakar kejayaan di Hollywood apabila muncul di samping Jennifer Lopez, Akon, Mila Jovovich, Ryan Seacrest, Mesut Ozil dan Ronaldo dalam klip video single terbaru Enrique Iglesias berjudul Don’t You Need Somebody.

Dalam klip video itu, aktres berusia 33 tahun terbabit turut menyanyi.

Menurut sumber, klip video itu sudah dilancarkan di YouTube pada 10 Jun lalu.

Perkembangan lain, selepas memenangi anugerah Aktres Kegemaran Ramai dalam TV Siri menerusi drama Quantico pada majlis anugerah People’s Choice Awards 2016, Priyanka sekali lagi dicalonkan dalam Anugerah Teen Choice 2016.

Bintang filem The Bajirao Mastani itu juga tersenarai dalam pencalonan akhir kategori Choice TV Breakout Star.

Acara meraikan kejayaan mereka yang terbabit dalam bidang muzik, filem, televisyen, sukan, fesyen, komedi dan permainan video itu akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 11:44 AM