Lee mengumumkan pelanggan sedia ada Yes akan menerima 12GB data secara percuma yang akan dimasukkan dalam bil bulan depan.
Lee mengumumkan pelanggan sedia ada Yes akan menerima 12GB data secara percuma yang akan dimasukkan dalam bil bulan depan.
Afiq Hanif

Kuala Lumpur: Syarikat telekomunikasi, YTL Communications yang membawa jenama Yes akan melancarkan pelan barunya pada 30 Jun ini dengan memperkenalkan beberapa ciri unik.

Antaranya, perkhidmatan suara definisi tinggi (HD) yang menawarkan panggilan lebih jelas.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee, berkata syarikat terbabit juga syarikat telekomunikasi pertama yang mempunyai rangkaian berasaskan keupayaan Suara-Atas LTE (VoLTE).

"Sehingga kini Yes 4G mempunyai liputan sebanyak 85 peratus di seluruh negara," katanya.

Lee juga mengumumkan pelanggan sedia ada Yes akan menerima 12GB data secara percuma yang akan dimasukkan dalam bil bulan depan.

Yes bekerjasama dengan Samsung dalam melancarkan telefon pintar siri Galaxy J apabila pembeli model terbabit akan menerima pek SIM Yes 4G dengan data sehingga 30GB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2016 @ 8:17 PM